Wednesday, 10 February 2016

BUNGA MAWAR SPA


As Salam semua....Lama rasa nya  lama sgt x menghapdate blog semenjak blog ini di creat kan...yang sebenaunya terlupa ade creat blog...hehehehehe...ok so sempena julung kalinya aku menghapdate blog ini...aku nk cerita pasal BUNGA MAWAR SPA yang terletak di WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.


untuk pengetahuan korg... Bunga Mawar Spa (BMS) ni sgt la bessssttttt......service sgt tip top hokey...harga pun sgt affordable....kire xde la mahal sgt untuk org biasa2 mcm aku ni nak merasa belaian spa...ialah kerja dh penat2... sekali sekala kena gak reward diri sendiri...

Banyak Pakej yang di tawarkan...tiap bulan lain2 PROMO dorg buat...korg boleh follow IG or like page FB dorg type jew bunga mawar spa....pada yg xtau nk dtg camne senang jew korg waze type jugek Bunga Mawar Spa... terrrruuussss smpi depan spa uolss... tapi nk bitau parking susah skit kalau weekdays..tapi kalau dtg weekend mmg heaven parking tapi tu la BMS ni kalau weekend selalu penuh so kena la buat appointment awal yer kawan2...


Gambau yang atas ni jalan nk masuk ke bilik2 treatment paling best bilik die besar n luar...semua peralatan ade dlm satu bilik so xyah la korg risau nk terlari2 ke bilik sauna ke bilik mandi ke sebab semua nyer terletak dlm satu bilik....terasa mcm permaisuri di layan dayang2 dgn lagu2 ala bali die...pergghhh sgt best ok..xtau nk ckp mcm mana feeling die..korg kena try sendiri...huhuhuhu jgn risau tau sebab BMS ni hanya untuk WANITA sahaja so xyah nk risau malu kalau nk berkemban tu...huhuhuhhu



Haaaa ni antara pakej promosi die...hari tu aku buat Pakej Bunga Anggerik...alhamdulillah sgt puas hati....sebabtu rekomen kat semua...kalau xbagus x rekomen nyer... huhuhuhu....lagi best lps treatment Cek Abg yg tlg bayau kan...heheheheh...

Tuesday, 27 December 2011

Hidup mati ku hanya untuk Allah SWT

Rasulullah S.A.W. bersada seperti yang diucapkan dalam solat:
“Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” – (Riwayat Muslim daripada Ali bin Abi Talib)
Segala kebaikan yang dilakukan hendaklah bermatlamat akhirnya kerana Allah; iaitu ikhlas kerana Allah. Sebab itulah apabila kita bersolat, berpuasa dan beberapa ibadat yang lain kita berniat dihujungnya dengan mengatakan “kerana Allah”.
Contohnya: “Sahaja aku solat fardhu Zuhur 4 rakaat tunai kerana Allah Taala.”
Sia-sialah ibadat kita jika kita melakukannya kerana hendak menunjuk-nujukkannya kepada orang lain atau disebabkan untuk dikenali sebagai seorang yang alim dan sebagainya.