Tuesday 27 December 2011

Hidup mati ku hanya untuk Allah SWT

Rasulullah S.A.W. bersada seperti yang diucapkan dalam solat:
“Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” – (Riwayat Muslim daripada Ali bin Abi Talib)
Segala kebaikan yang dilakukan hendaklah bermatlamat akhirnya kerana Allah; iaitu ikhlas kerana Allah. Sebab itulah apabila kita bersolat, berpuasa dan beberapa ibadat yang lain kita berniat dihujungnya dengan mengatakan “kerana Allah”.
Contohnya: “Sahaja aku solat fardhu Zuhur 4 rakaat tunai kerana Allah Taala.”
Sia-sialah ibadat kita jika kita melakukannya kerana hendak menunjuk-nujukkannya kepada orang lain atau disebabkan untuk dikenali sebagai seorang yang alim dan sebagainya.